Perihal Kami
PERUTUSAN YANG DIPERTUA

Syukur Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah yang telah menghidupkan kita dalam lslam dan menjadikan lslam sebagai panduan hidup dan Nabi Muhammad SAW sebagai panduan terbaik.

Syukur Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah yang telah menghidupkan kita dalam lslam dan menjadikan lslam sebagai panduan hidup dan Nabi Muhammad SAW sebagai panduan terbaik.
Kami dari
Baiturrahim sedang merancang mendirikan sebuah kompleks pendidikan untuk
anak-anak yatim/miskin dan untuk orang dewasa secara
berperingkat-peringkat di atas lot tanah no. 19582, Mukim Kayang, Perlis,
melibatkan kawasan seluas 4.68 ekar.
Fasa pertama
ialah sebuah Maahad Tahfiz satu tingkat dengan anggaran kos RM 800,000.00
(lapan ratus ribu ringgit) dan diikuti oleh sebuah asrama sementara bernilai RM
200,000.00 (dua ratus ribu ringgit) untuk 30 orang pelajar lelaki yatim/miskin.
Jumlah kos fasa pertama ialah RM 1 juta (satu juta ringgit).
Saya dan semua
Ahli Jawatankuasa Baiturrahim mengalualukan sumbangan daripada tuan/puan yang
mahu turut serta dengan kami bagi membela nasib anak-anak yatim/miskin muslim
yang tersisih daripada arus utama pendidikan di negara kita Malaysia.
Sekian, dan saya
harap serta yakin sumbangan tuan/puan diterima Allah SWT sebagai amal soleh.
Jazakallahu
khairal kasira
Haji Ku Md Saad Bin Ku Mat
Yang Dipertua Baiturrahim
Yang Dipertua Baiturrahim
SEJARAH PENUBUHAN
Latar Belakang
Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Dan Warga Tua Islam Negeri Perlis (BAITURRAHIM) ditubuh dan didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 22 Oktober 2009. Sijil Pendaftaran Bil. 2066-09-PER.
Baiturrahim ditubuhkan
atas kesedaran masih terdapat ramai anak
yatim yang terbiar, serba kekurangan dan perlu diberi pertolongan terutama
daripada aspek pendidikan keagamaan dan tempat tinggal yang sempurna.
Atas rasa keinsafan
inilah maka Baiturrahim mengambil inisiatif
dan tanggungjawab sosial untuk membantu golongan ini bagi membina sebuah
kompleks Baiturrahim di atas Lot 19582, Mukim Kayang, Perlis, seluas 4.68
ekar. Tanah ini diwaqafkan oleh seorang hamba Allah yang perihatin kepada niat
suci pertubuhan ini.
Matlamat
Secara amnya, matlamat pertubuhan ini ialah untuk mengumpul anak-anak yatim/miskin dan warga emas Islam untuk ditempatkan di Kompleks Baiturrahim. Mereka akan disediakan pelbagai keperluan, kelengkapan dan kemudahan dengan pengisian pelbagai aktiviti yang bermanfaat.Secara khususnya, pertubuhan ini bermatlamat untuk:
- Memelihara, mengasuh dan memajukan anak-anak yatim/miskin dan warga tua Islam.
- Mewujud, mentadbir dan memajukan rumah-rumah anak yatim, warga tua Islam dan Pusat Pengajian Maahad Tahfis Islam yang berasaskan Sunnah Wal Jamaah.
- Memiliki hartanah, bangunan, harta alih dan tak alih bagi kepentingan Pertubuhan.
- Pertubuhan boleh menerima sumbangan samada berupa wang atau lain-lain bentuk bantuan daripada bukan ahli, orang perseorangan, agensi kerajaan, syarikat awam dan swasta atau pertubuhan antarabangsa serta mengadakan kutipan derma dengan syarat mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Pendaftar Pertubuhan dan pihak berkuasa berkenaan dengan tujuan untuk memajukan aktiviti Pertubuhan.
- Menggalakkan kerja kebajikan sesama ahli dan orang ramai.
- Membiayai dan mengurus pengajian anak-anak yatim dan miskin serta warga tua Islam.
- Berkerjasama dengan pertubuhan, persatuan, institusi pengajian dan badan-badan lain yang mempunyai tujuan yang sama,
AHLI JAWATANKUASA
(SESI 2018 - 2020)
(SESI 2018 - 2020)
Setiausaha
Haji Desa bin Yacob
Penolong Setiausaha
Haji Mansor bin Salleh
Bendahari
Shadin bin Taib
Ahli Jawatankuasa
Haji Mohd Sabri bin Jusoh
Ahli Jawatankuasa
Haji Mat Desa bin Ismail
Ahli Jawatankuasa
Dato' Haji Mohd Zain bin Hamzah
Ahli Jawatankuasa
Haji Jamil bin Taha
Ahli Jawatankuasa
Haji Fadzil bin Haji Salleh
Haji Md Noor bin Ismail
Comments
Post a Comment