Perihal Kami

PERUTUSAN YANG DIPERTUA Syukur Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah yang telah menghidupkan kita dalam lslam dan menjadikan lslam sebagai panduan hidup dan Nabi Muhammad SAW sebagai panduan terbaik. Kami dari Baiturrahim sedang merancang mendirikan sebuah kompleks pendidikan untuk anak-anak yatim/miskin dan untuk orang dewasa secara berperingkat-peringkat di atas lot tanah no. 19582, Mukim Kayang, Perlis, melibatkan kawasan seluas 4.68 ekar. Fasa pertama ialah sebuah Maahad Tahfiz satu tingkat dengan anggaran kos RM 800,000.00 (lapan ratus ribu ringgit) dan diikuti oleh sebuah asrama sementara bernilai RM 200,000.00 (dua ratus ribu ringgit) untuk 30 orang pelajar lelaki yatim/miskin. Jumlah kos fasa pertama ialah RM 1 juta (satu juta ringgit). Saya dan semua Ahli Jawatankuasa Baiturrahim mengalualukan sumbangan daripada tuan/puan yang mahu turut serta dengan kami bagi membela nasib anak-anak yatim/miskin muslim yang tersisih daripada arus utama pendidikan di n...